Jurnal Kanun

Just another WordPress site

PENGHANTARAN ARTIKEL
Hantarkan artikel anda kepada:

Editor,
Jurnal Kanun,

Bahagian Majalah, Tingkat 20,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur

E-mel: normala@dbp.gov.my
Tel: 03-2147 9709
Faks: 03-2147 9617

PANDUAN PENGHANTARAN MAKALAH

SKOP

  • Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian undang-undang terkini yang dilaksanakan ahli akademik dari dalam dan luar negara. Makalah akan melalui proses penilaian dan hanya yang terpilih yang akan disiarkan.

FORMAT JURNAL KANUN

Maklumat penyumbang

  • Judul makalah.
  • Nama penyumbang.
  • Alamat penyumbang.
  • Maklumat institusi.
  • Emel untuk dihubungi.

Teks

  • Makalah yang dihantar mestilah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
  • Jumlah perkataan makalah antara 4000 – 8000 patah perkataan termasuk abstrak, kata kunci, nota kaki, rujukan, jadual, rajah, lampiran dan rujukan
  • Judul makalah disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.
  • Teks makalah menggunakan fon Times New Roman bersaiz 12 poin dan langkau dua baris.
  • Setiap perenggan diinden dengan tab.
  • Gunakan tiga peringkat tajuk (maksimum) dalam pembahagian wacana.
  • Bagi makalah yang mengandungi ejaan yang tidak dapat dibaca menerusi Microsoft Word contohnya ejaan Jawi atau ayat al-Quran, mohon disertakan bersama pdfnya.

Abstrak

  • Jumlah perkataan abstrak adalah antara 100–150 perkataan.
  • Abstrak ini mengemukakan tujuan kajian, metodologi yang digunakan, jenis data, analisis, dapatan, dan kesimpulan ringkas.
  • Abstrak hendaklah disediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berserta kata kunci.

Kata Kunci

  • Tidak lebih daripada 10 patah perkataan.

Nota

  • Nota seminimum mungkin, dan menggunakan nota kaki.

Rujukan

Susunan sumber yang dirujuk dalam Rujukan, adalah seperti yang berikut:

Artikel Jurnal:

  • Ibrahim Ismail, “Agama Persekutuan: Jurisprudens Islam dalam Pentafsiran Perlembagaan” dlm. KANUN 22:3, hlm. 20, 2003.

Buku:

  • Muhammad Jawwa Magniyyah, 1965. Fiqh al-Imam Ja’far al-Sadiq. Jilid 4. Beirut: Dar al-‘Ilm li alMalayin.

Kertas Kerja:

  • Nasrul Hisyam Nor Muhamad, 2009. “Pemasukan Syarat ‘Umra dan Ruqba dalam Kontrak Hibah: Satu Analisis Perbandingan”. Kertas Kerja Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan dalam Pengajian Islam 2008 (ISRIS’ 08). Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 17-18 Disember.
  • Rujukan disusun mengikut abjad. Jika sumber rujukan daripada penulis yang sama dalam satu tahun, bezakan dengan menggunakan a, b dan c.
  • Rujukan daripada sumber atau bahan yang berwibawa diutamakan.

Rujukan dalam Teks

  • Letakkan nama penulis, diikuti tahun dan halaman, dan diletakkan dalam kurungan.

Hak Cipta

  • Penyumbang/penulis memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian.
  • Jika penulis ingin menerbitkan semula mana-mana makalah, perlulah dimaklumkan sumber makalah tersebut daripada jurnal Kanun DBP.