Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia: Tinjauan Perspektif Undang-Undang

Mohammad Azam Hussain

hmazam@uum.edu.my

Pusat Pengajian Undang-undang,

Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa

Universiti Utara Malaysia

Rusni Hassan

hrusni@iium.edu.my

Aznan Hassan

haznan@iium.edu.my

Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak

Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia merupakan badan tertinggi yang ditubuhkan mengikut undang-undang dan mempunyai autoriti dalam menentukan undang-undang Islam dalam hal syariah berkaitan dengan kewangan Islam di Malaysia. Ketentuan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah ini dalam bentuk resolusi syariah yang pertama sekali dikeluarkan bertarikh 8 Julai 1997. Resolusi syariah ini penting sebagai panduan kepada pihak yang berkepentingan terutamanya institusi yang menawarkan perniagaan perbankan dan kewangan Islam, jawatankuasa syariah serta masyarakat awam. Selain itu, resolusi ini juga penting sebagai rujukan kepada mahkamah dan juga penimbang tara dalam memutuskan kes berkaitan dengan kewangan Islam di Malaysia. Makalah ini membincangkan resolusi syariah yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Shariah dari perspektif undang-undang sedia ada dalam mengawal selia urusan kewangan Islam di Malaysia. Makalah ini turut menganalisis isu perundangan yang timbul berkaitan dengan resolusi syariah yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Shariah ini.

Kata kunci: resolusi syariah, Majlis Penasihat Shariah, perbankan dan kewangan Islam 

Abstract

The Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia is the highest body established under the law and has the authority to ascertain Islamic law in Shariah matters relating to Islamic finance in Malaysia. The Shariah rulings made by the Syariah Advisory Council are in the form of Shariah resolutions which was first issued dated 8th July 1997. Shariah Resolutions are essential as guidance to Islamic financial stakeholders, particularly banking and financial institutions in offering Islamic financial business, Shariah committees as well as society. In addition, these resolutions are important as a reference to the court and arbitrators in deciding cases relating to Islamic finance in Malaysia. This paper discusses  Shariah resolutions issued by the Shariah Advisory Council from the legal perspective as stipulated in the existing law in regulating the Islamic financial system in Malaysia. Further, this paper also analyzes the legal issues arising with respect to the Shariah resolutions issued by the Shariah Advisory Council.

Keywords: shariah resolusions, Shariah Advisory Council, banking, Islamic financial

RUJUKAN

Affin Bank Berhad lwn Zulkifli Abdullah [2006] 1 CLJ 438.

Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (Akta 372).

Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Pindaan 1996) (Akta A954).

Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Pindaan) 2003 (Akta A1211).

Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Disemak 1994) (Akta 519).

Akta Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2003 (Akta A1213).

Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701).

Akta Kontrak 1950 (Disemak 1974) (Akta 136).

Akta Sewa Beli 1967 (Disemak 1978) (Akta 212).

Bank Negara Malaysia, 1999. The Central Bank and the Financial System in Malaysia – A Decade of Change 1989-1999. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia, 2010. Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia, 2011. Resolusi Shariah dalam Kewangan Islam, Majlis Penasihat Shariah, Bank Negara Malaysia (2010–2011). Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

CIMB Islamic Bank Berhad lwn LCL Corporation Bhd & Anor [2011] 7 CLJ 594.

Maybank Trustee Berhad lwn CIMB Bank Berhad and Another Cases [2011] 1 LNS 1306.

Mohd Alias Ibrahim lwn RHB Bank Bhd & Anor [2011] 4 CLJ 654.

Muhammad Ayub, 2007. Understanding Islamic Finance. Chichester, West Sussex, England: John Wiley & Sons Ltd.

Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah Bagi Institusi-institusi Kewangan Islam.

Rusni Hassan, 2011. Islamic Banking and Takaful. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Sudin Haron, 2005. Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Business School Sdn. Bhd.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda