Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Mahyuddin Ismail
Sekolah Pengajian Islam
Kolej Antarabangsa IKIP

Abstrak

Wujud dakwaan oleh banyak pihak dalam kes di Mahkamah Syariah tentang penggunaan ilmu sihir dalam perkahwinan atau perceraian. Ketiadaan peruntukan undang-undang dan prosedur untuk menanganinya menyebabkan dakwaan sedemikian sering kali tidak dipertimbangkan. Makalah ini mencadangkan Prosedur Kendalian Standard bagi menangani isu tersebut. Prosedur ini diperlukan bagi membantu semua pihak untuk berlaku adil dan membela pasangan yang menjadi mangsa sekiranya dakwaan tersebut benar. Kajian ini dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual dengan hakim yang berhadapan dengan kes sedemikian dan pihak yang mendakwa disihir. Melalui Prosedur Kendalian Standard ini, kebenaran dakwaan tersebut dapat dinilai dengan tiga langkah mudah. Pertama, pihak yang mendakwa terkena sihir perlu membuktikan bahawa beliau mengalami simptom akibat disihir. Kedua, mahkamah perlu meminta pendapat pakar bagi mengesahkan bahawa simptom yang dialami itu berpunca daripada perbuatan sihir. Ketiga, mahkamah perlu mengeluarkan perintah agar mangsa menjalani rawatan pemulihan jika simptom tersebut disahkan berpunca daripada perbuatan sihir. Setelah mangsa pulih sepenuhnya, maka kes tersebut bolehlah dibicarakan semula. Dengan cara ini, perbicaraan akan dapat dijalankan dengan lebih adil dan saksama.

Kata kunci: ilmu sihir, perkahwinan dan perceraian, Prosedur Kendalian Standard

Rujukan
Abdul Basir Mohammed, 1999. Amalan Sihir dan Ayat-Ayat Al Qur’an: Perbezaannya serta Kesannya terhadap Amalan Perubatan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abu Abdullah Muhammad b. Ahmad al-Ansāriyy al-Qurtubiyy. 1387H/ 1967M. al-Jamīcu li ahkam al-Qur’an. Kaherah: Dār al-Kitāb al-Arabiyy li al-Tibācah wa al-Nashri.
Ahmad b. Mahmud Al-Dib, 1994. Al-aIlaj al-Qur’ani. Jeddah: Maktabat Al-Ṣahābah.
Amran Kasimin, 1997. Amalan Sihir Masyarakat Melayu: Satu Analisis. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Amran Kasimin, 2002. Tanda Sihir dan Kekuatan Roh untuk Mengatasinya. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Amran Kasimin, 2006. Sihir dan Penjelasannya. Brunei: Pusat Da‘wah Islamiah.
Eric Maple, 1973. Witchcraft: The Story of Man’s Search for Supernatural Power. London: Octopus Books.
Geoffrey Scarre, 1987. Witchcraft and Magic in 16th and 17th Century Europe. London: MacMillan Education Ltd.
Hj Ahmad Hj Che Din, Hj. Ahmad Hj. Che Din, 1997. Perubatan Tradisional Melayu. Adat Resam Masyarakat Melayu Islam. Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat. Kuala Kangsar: t.pt.
Hj. Jahid b. Hj. Sidek, 2006. “Jin/ Syaitan: Hubungannya dengan Pelbagai Gangguan Kesihatan Manusia”. Kertas kerja Seminar Perubatan Islam 1, anjuran Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia. Pusat Penyelidikan Getah RRIM. Sungai
Buloh. 16 September.
Jolly, Karen Louise, 2002. Witchcraft and Magic in Europe: The Middle Ages. Philadelphia: University of Pennsylvania Press.
J.J.M. de Groot, t.th. The Religious Systems of China. Book 2. Vol. 5 (3). t.tp.
Kippenberg. H., 1995. “Magic in Roman Civil Discourse: Why rituals Could be Illegal” dlm. M. Meyer & P. Mirecki (eds.). Ancient Magic and Ritual Power. Leiden: Brill.
Mahyuddin Ismail, 2011. Ahli Sihir ke Tali Gantung. Selangor: PTS Milenia Sdn. Bhd.
Morrison, Wayne, 2001. Blackstone’s Commentaries on the Laws of England. Vol. IV. London: Cavendish Publishing Ltd.
Muhammad Mustafa al-Hadidi Al-Thair, 1987. Penyuluh Arwah. Jakarta: Pustaka Amani.
Richard Kieckhefer, 1990. Magic in the Middle Ages. Great Britain: Cambridge University Press.
Stuart Gordon, 1993. The Encyclopedia of Myths & Legends. London: Headline Book Publishing Plc.
Susan C., Karant-nunn & Merry E. Wiesner-Hanks, 2003. Luther on Women: A Sourcebook. Cambridge: Cambridge University Press.
Wāhid Abdussalam Al-Bāly & Daud Mohd Salleh, 1994. Bagaimana Menentang Ilmu Hitam. Johor Bahru: Penerbitan Al Masyhur Sdn. Bhd.
Walter Farber, 1995. “Witchcraft Magic and Divination in Ancient Mesopotamia” dlm. Jack M. Sasson (ed.), Civilizations of the Ancient Near East. Edisi III.
Bahagian 8 (Religion & Science). New York: Charles Scribner’s Sons.
William Shaw, 1975. Aspects of Malaysian Magic. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Hantar Maklum Balas Anda