Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Nurli Yaacob
Pusat Pengajian Undang-undang
Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia
Abstrak
Makalah ini bertujuan mengupas elemen “sebab yang baik” yang boleh digunakan oleh francaisor untuk menamatkan perjanjian francais sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Francais 1998. Kaedah yang digunakan ialah kaedah interpretasi statut dan juga kajian kes berdasarkan kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Dapatan kajian menunjukkan alasan yang dinyatakan dalam Akta Francais 1998 berpihak kepada francaisor untuk menamatkan perjanjian atas “sebab yang baik”. Tiada sebarang peruntukan bagi francaisi untuk menamatkan perjanjian atas “sebab yang baik”. Oleh sebab itu, dicadangkan agar kedua-dua pihak memasukkan alasan tambahan bagi penamatan perjanjian sebelum tempoh perjanjian berakhir dalam perjanjian francais yang ditandatangani.
Kata kunci: alasan penamatan, penamatan perjanjian, Akta Francais 1998, perjanjian francais, sebab yang baik

Rujukan

Akta Francais 1998.
Committee on Small Business of House of Representatives Franchising in the US Economy: Prospects and Problems, 1990.
Emerson, R.W., “Franchise Terminaton: Legal Rights and Practical Effects When Franchisees Claim The Franchisors Discriminates” dlm. American Business Law Journal hlm. 3 Summer, 1998.
Filerup, J.L., & Peterson, S.L., “Franchise Case Law Update” dlm. http://www. calbar.org/buslaw/franchise/case/ca990708.html. Capaian 15 Mei 2008.
Gurnick, D. & Vieux, S., “Case History of the American Business Franchise”, dlm. 24 Okla. City. U.L. Rev 37, hlm. 2 Spring/Summer 1999.
Hess, D., “The Iowa Franchise Act: Towards Protecting Reasonable Expectations of Franchisees and Franchisors” dlm. Iowa Law Review hlm. 3, 1995.
International Institute for the Unification of Private Law, “Legislation and Regulations Relevant to Franchising” dlm. http://www.unidroit.org/english/franchising/annex.htm, hlm.1. Capaian 2 Mei 2011.
Kementerian Pembangunan dan Usahawan, 2003. “Pembangunan Sektor Francais dalam Ekonomi Malaysia”. Kertas Kerja Kursus Asas Francais. Pulau Pinang, 10-12 Januari.
Lockerby, M.J., 1996. “Relationship Law Compliance: Remedies for Franchise Termination and Nonrenewal”. Kertas Kerja 1996 International Franchise Association, Annual Legal Symposium. Washington DC, May 13-14, 1996.
Mc Cosker & Frazer., 1998. “Franchising Australia, A Survey of Franchising Practices and Performance”. Laporan Penyelidikan hlm. 13. University of Southern Queensland.
Nicastro, T.A., “How the Cookie Crumbles: The Good Cause Requirement for Terminating a Franchise Agreement”, dlm. Valparaiso University Law Review hlm. 9, 1994.
Nurli Yaacob, 2009.“Penamatan Perjanjian dalam Undang-Undang Francais di Malaysia”. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

Hantar Maklum Balas Anda