Jurnal Kanun

Just another WordPress site

TIMBANG TARA DAN PENGANTARAAN:

PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF UNTUK PERMASALAHAN KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA

(Arbitration and Mediation: Resolution for Islamic financial problems in Malaysia)

*Nur Khalidah Dahlan

nurkhalidahdahlan@ukm.edu.my

Muhamad Helmi Md Said

mhelmisaid@ukm.edu.my

Ramalinggam Rajamanickam

rama@ukm.edu.my

Fakulti Undang-Undang,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terbit dalam talian (published online): 3 Januari 2020

Sila rujuk: Nur Khalidah Dahlan, Muhamad Helmi Md. Said dan Ramalinggam Rajamanickam. (2020). Timbang Tara dan Pengantaraan: Penyelesaian Pertikaian Alternatif untuk Permasalahan Kewangan Islam di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 32(1), 51-66.

Abstrak

Kewangan Islam merupakan sistem kewangan yang beroperasi mengikut prinsip syariah. Ciri-ciri yang terdapat dalam sistem perbankan Islam menyerupai sistem perbankan konvensional, iaitu dari aspek pasaran modal, pengurus dana, syarikat pelaburan, dan syarikat insurans. Lantaran itu, sekiranya terdapat pertikaian yang berkaitan dengan kewangan Islam berlaku, pihak-pihak yang terlibat akan merujuk mahkamah untuk memperoleh penyelesaian. Namun begitu, kedudukan undang-undang di Malaysia menunjukkan bahawa apa-apa pertikaian yang timbul berkaitan dengan urus niaga kewangan Islam akan menjadi bidang kuasa mahkamah sivil dan bukannya dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Proses penyelesaian melalui mahkamah selalunya akan mengambil masa yang lama dan memerlukan kos yang tinggi. Oleh hal yang sedemikian, kajian ini akan mengenal pasti mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (PPA) bagi pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka tanpa perlu pergi ke mahkamah. Penyelesaian pertikaian alternatif dilihat sebagai kaedah yang menekankan aspek pengurangan kos, masa dan perbelanjaan bagi mencapai penyelesaian dalam bidang kewangan Islam. Kajian ini turut menyediakan maklumat secara ringkas mengenai penyelesaian pertikaian alternatif, iaitu timbang tara dan pengantaraan, dari segi ciri-ciri dan kepentingannya dalam penyelesaian pertikaian berkaitan dengan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Kata kunci: Kewangan Islam, penyelesaian pertikaian alternatif, timbang tara, pengantaraan

Abstract

Islamic finance is a financial system that operates according to Islamic principles. Some of the features found in the Islamic banking system are similar to those of the conventional banking system from the aspect of capital markets, fund managers, investment companies, and insurance companies. However, if there is a dispute related to Islamic finance, the parties involved will be referred to the courts. Nevertheless, the legal position in Malaysia indicates that any dispute arising in connection with Islamic financial transactions will be the jurisdiction of the civil courts and not the syariah court. Progress through the courts usually takes a long time and at high cost. Therefore, this study will identify alternative dispute resolution mechanisms for parties to resolve disputes without going to court. The method of alternative dispute resolution is seen as a solution that emphasizes the reduction of cost, time and expense to achieve progress in the field of Islamic finance. The study also provides brief information about some of the alternative dispute resolution methods (arbitration and mediation) in terms of features and their importance in resolving disputes relating to the Islamic financial system in Malaysia.

Keywords: Islamic finance, alternative dispute resolution, arbitration and mediation

RUJUKAN

Abd. Aziz Hussin. (1992). Undang-undang Timbang Tara. Edisi pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor.

Ahmad, S. O. B., & Hak, N. B. A. (2012). Ṣulḥ (Mediation) in the State of Selangor: An Analysis of Legal Provision and Its Application. IIUM Law Journal, 18(2).

Aida Maita. (2014). Arbitration of Islamic Financial Disputes, 20 Ann. Surv. Int’l & Com. L. 35, 37.

Akta Bank Islam 1983

Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA)

Akta Insurans 1996

Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

Akta Perbankan Islam 1983

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI)

Akta Sistem Pembayaran 2003

Akta Takaful 1984

Arab Malaysia Merchant Bank Bhd v Silver Concept Sdn Bhd (2005)

Auerbach, J. S. (1983). Justice without Law? New York: Oxford University Press.

Bank Islam Malaysia Berhad v Adnan Omar (1994)

Bank Islam Malaysia Bhd v Pasar Raya Peladang Sdn Bhd (2004)

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd v Emcee Corporation Sdn Bhd (2003)

Bennett, S. C. B. (2001). Click-Wrap Arbitration Clauses. Int’l Rev. of Law, Computers & Technology, 14(3), 397-409

Bukhari, K. Z. (2003). Arbitration and Mediation in Malaysia. Arbitration and Mediation in ASEAN: the Law & Practice, In 8th general Assembly 2003.

Anjuran Badan Peguam Negara.

Dahlan, N.K. (2016). Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah: Suatu Analisis Dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dahlan, N.K. (2018). Kaedah Timbang Tara dalam Pertikaian Kewangan Islam. (2018) JUUM (Isu Khas/Special Issue) 1 – 18. Capaian daripada https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-01

Dato’ Nik Mahmud Bin Daud v Bank Islam Malaysia Berhad (1996)

FLH ICT Services Sdn Bhd & Anor v Malaysian Debt Ventures Bhd (2016)

Guest, A. G. (1979). Anson’s Law of Contract. 24. London: E.L.B.S. Oxford University Press.

Hassan, K., & Lewis, M. (Eds.). (2009). Handbook of Islamic Banking. Edward Elgar Publishing.

Hassan, R. ( 2011). Syariah Compliance Process in Malaysian Islamic Banking. (2011) 5 MLJ ixxx & 6

Kamal Halili Hassan, Norsuhaida Che Musa (2014). Penyelesaian pertikaian: Satu sorotan. Sakinah Shaik Ahmad Yusoff, Kamal Halili Hassan & Suzanna

Mohamed Isa (Eds.), Penyelesaian Pertikaian: Mekanisme dan Perundangan. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malayan Banking Bhd v Ho Marilyn Siok Lin (2006)

Malayan Banking Bhd v Ya’kub Oje & Anor (2007)

Mohamad Ismail Mohamad Yunus. (2007). Sejauhmanakah Kekebalan dan Keadilan Undang-undang Timbang tara di Malaysia berasaskan Akta Timbang Tara 2005. INSAF – The Journal of Malaysian Bar, XXXVI(1), 55-64.

Mohamad Ridzuan Zainudin. 2009. Antara Sulh dan Mediasi yang Mana Dekat di Hati. Muzakarah Pegawai-pegawai sulh Seluruh Malaysia (kali pertama) Anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. 15-17 Mac 2009.

Pound, R. (1912-1913). The Administration of Justice in the Modern City. Harvard Law Review, xxvi, 312.

Rashid, S. K. (2002). Alternative Dispute Resolution: The Emerging New Trend of Informal Justice. syarahan perdana kesepuluh. Anjuran Malaysia: International Islamic University.

Saleh, S. (1984). Commercial Arbitration in the Arab Middle East. Brill. Tinta Press Sdn Bhd v BIMB (1987)

United Trade Arena (M) Sdn Bhd & ORS v Bank Pertanian Malaysia Bhd (2016)

Yaacob, H. (2012). Alternative Dispute Resolution (ADR): Expanding Options in Local and Cross Border Islamic Finance Cases. 1st Ed. International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Yunus, M. I. M. (2007). Sejauhmanakah Kekebalan dan Keadilan Undang-Undang Timbangtara di Malaysia yang Berasaskan Akta Timbangtara 2005.

INSAF – The Journal of the Malaysian Bar, XXXVI (1), 55-64.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda