Jurnal Kanun

Just another WordPress site

ISU KESELAMATAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN

(Security Issues on Computerised Land Registration System in Malaysia:

An Overview)

*Noraida Harun

noraida@unisza.edu.my

Asiah Bidin

asiah@unisza.edu.my

Noor ‘Ashikin Hamid

shikin@unisza.edu.my

Kamaliah Salleh

kamaliahsalleh@unisza.edu.my

Nazli Ismail @ Nawang

inazli@unisza.edu.my

Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa

Universiti Sultan Zainal Abidin.

Terbit dalam talian (published online): 1 Julai 2019

Sila rujuk: Noraida Harun, Asiah Bidin, Noor ‘Ashikin Hamid, Kamaliah Salleh dan Nazli Ismail @ Nawang. (2019). Isu keselamatan sistem pendaftaran tanah berkomputer di Malaysia: Satu tinjauan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia 31(2), 238-250.

Abstrak

Makalah ini bertujuan meneliti isu tentang keselamatan sistem pendaftaran tanah berkomputer di Malaysia. Berdasarkan Jadual Keempat Belas (seksyen 5A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), dalam sistem Pendaftaran Berkomputer (SPTB), tanah yang terletak di bawah hak milik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah disediakan dalam dua bentuk, iaitu dokumen hak milik daftaran komputer (DHDK) yang disimpan di pejabat  tanah manakala dokumen hak milik keluaran komputer (DHKK) diberikan kepada tuan punya tanah. Tuan punya tanah boleh pada bila-bila masa memohon untuk menukar dokumen hak milik keluaran kepada dokumen hak milik keluaran cetakan komputer dengan menyerahkan dokumen hak milik keluaran yang asal kepada pejabat pendaftaran tanah. Walau bagaimanapun menurut peraturan 8 (5) Jadual Keempat Belas KTN, Pendaftar mempunyai budi bicara boleh menukarkan dokumen hak milik keluaran tanpa permohonan tuan punya tanah. Dengan dokumen hak milik ini, tuan punya tanah akan mendapat hak milik tidak boleh disangkal dan berhak untuk memecah lot sempadan tanah, menyatukan tanah dan memecah bahagi bangunan serta membuat pindah milik, gadaian dan pajakan terhadap tanah tersebut. Berdasarkan metode analisis kes yang telah diputuskan oleh mahkamah mengenai pencurian maklumat dalam SPTB digunakan dalam kajian ini adalah untuk melihat keselamatan sistem pendaftaran berkomputer untuk menjaga hak milik tuan punya tanah. Hasil kajian membuktikan berlakunya penipuan dan ketidaktetapan maklumat terhadap urus niaga yang dilakukan dalam SPTB di pejabat tanah. Penyelesaian terhadap penipuan pencurian maklumat menurut Islam juga dibincangkan demi menjaga keselamatan hak milik pihak-pihak berkepentingan.

Kata kunci: Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer, pencurian maklumat, cadangan penyelesaian

Abstract

Makalah Pursuant to the Fourteenth Schedule (Section 5A) of the National Land Code 1965 (NLC), in the Computerized Land Registration System (CLRS), land situated under the Registry titles or Land Office title is in two forms, namely; the computer printed  register  document of title which is  kept  in the land office while the computer printed issue document of title is given to the proprietor of land where he may at any time apply  for conversion of an existing issue document of title to a computer printed issue document of title by lodging the existing issue document of title at the land Registry. Pursuant to Paragraph 8(5) of the Fourteenth Schedule of the NLC, the Registrar has the discretion to convert the existing issue document of title without there being an application made by the proprietor of land. With this title, the proprietor will acquire the indefeasibility of title to the land and is entitled to subdivide, amalgamate and partition the land, and can enter into deaingls on that land, for example transfer, charge and lease. Based on the case analysis method used in decided cases on the theft of information in CLRS, this article intends to analyse the extent of the security of the computerized land registration system in protecting the ownership of land proprietors. The findings show that there is fraud and theft of information in the CLRS of the land office. The solutions offered by Islamic law are also considered in order to protect the property rights of parties involved.

Keywords: Computerized land Registration system, theft of information, solutions

RUJUKAN

As Qasem. (t.t). Privicy: ICT and Islam. Akses pada 29 Mac 2019 daripada laman web http://www.scholar.mediu.edu.my

Benito Arrunada. (2010). Electronic titling: Potential and risks.  New Zealand Law Journal. Akses pada 4 April 2019 daripada laman web http://www.econ.upf.edu/docs/papers/downloads/1193.pdf

Edmund Ngo. (2012, 28 September).  Govt and office to pay firm over land fraud. The Star. Akses 28  Mac 2019 daripada laman web  http://www.thestar.com.my

Gengatharan a/l Mariappan. (2005). Isu-isu pengintegrasian pangkalan data ukur kadaster dan sistem pendaftaran tanah berkomputer (Tesis Sarjana tidak diterbitkan).Universiti Teknologi Malaysia.

Low Roushi, Lynden Griggs. (2012). Identity verification in conveyancing: the failure of current legislative and regulatory measures and recommendation for change. The Conveyancer and Property Lawyer, 5, 363-378. Akses 29 Mac 2019 daripada laman web  http://eprints. qut.edu.au/54761/

Muhammad Haitamin Ishak. (2006). Pencapaian pelaksanaan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dalam pendaftaran urusan tanah di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Shah Alam (Tesis Sarjana tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. (2008). Aplikasi sains dan teknologi dalam transaksi muamalah Islam: Rujukan kepada rukun-rukun akad mengikut perspektif undang-undang kontrak Islam. Jurnal Teknologi, 49 (E). 85.

Nazura Abdul Manap. Jasri Jamal. (2003). Jenayah komputer: Perbandingan menurut Akta Jenayah Komputer 1997 dan prinsip undang-undang jenayah Islam. Jurnal Undang-undang, 7, 34.

Noraziah Abu Bakar. (2016). Security of tenure in the Malaysia computerized land registration: A myth. The Social Sciences 11 (Special issue), 6, 7310-7313.

Parlimen. Akses pada 30 Mac 2019 daripada laman web http://www.nre.gov.my/Parlimen/archive/2008

Saidon M.Salim. (2009). Koleksi artikel pentadbiran dan perundangan tanah. Institut tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

Shuhaimi Othman. (2008). Penipuan dalam urusan tanah:isu dan penyelesaian.Jurnal INSTUN, 1(2). 4-5.

Seksyen komputer pentadbiran tanah, jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. (t.t). Akses pada 30 Mac 2019  daripada laman web http://www.kptg.gov.my

Shayo (M) Sdn Bhd v Nurlieda Sidek & Ors [2013] 1 CLJ 153

Tamrin Amboala, et al. (t.t). An overview of cyber laws in Malaysia from Islamic point of view. Akses pada 2 April 2019  daripada laman web http://umkeprints.umk.edu.my

Umavathi Ramayah & Khairul Azran Hussin. (2007, 13 Mac). Sistem PTG diceroboh – sindiket palsukan dokumen pendaftaran Tanah berkomputer. Akses pada 28 Mac 2019 daripada laman web http://utusan.com.my

Yidris Abdullah. (2006). Sistem pentadbiran tanah di Malaysia. Jurnal Instun. 1(1). 65-66.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda