Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Siti Zalikhah Md. Nor
(zalikhah@ukm.my)

Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini2 tertumpu pada kesan Perjanjian Pangkor terhadap hubungan antara pembesar Melayu, khususnya Sultan dan Residen British yang meliputi pentadbiran British dan campur tangannya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Makalah ini berasaskan sumber daripada koleksi R.J. Wilkinson yang dikenali sebagai “Papers on Malay Subjects”. R.J. Wilkinson telah merekodkan minit mesyuarat State Council yang merupakan sumber berwibawa pada masa itu. Perjanjian Pangkor merupakan suatu perangkap kepada pembesar Melayu atau pintu bagi penjajah British memasuki Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Akhirnya, pendudukan British membawa keruntuhan kuasa Kesultanan Melayu Tradisional. Klausa 6 dalam Perjanjian Pangkor menyatakan bahawa Sultan menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai bagi seorang pegawai British yang dinamakan Residen, yang ditauliahkan oleh mahkamah, dan nasihat Residen mesti diminta dan dilaksanakan dalam semua persoalan selain yang menyentuh agama dan adat orang Melayu. Pelaksanaan Perjanjian Pangkor telah membawa kepada kekangan terhadap kuasa Sultan Melayu, penghapusan sistem pentadbiran Melayu tradisional, penyempitan pelaksanaan undang-undang Islam. Sebaliknya, Perjanjian Pangkor telah memajukan pentadbiran dan sistem kehakiman British dan mewujudkan polarisasi dalam kegiatan ekonomi yang mengakibatkan orang Melayu ketinggalan sehingga selepas merdeka.

Kata kunci: Perjanjian Pangkor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, State Council, Undang-undang Islamik dan Raja-raja Melayu

Rujukan

Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned, 1955. The Malaysian Legal System. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mohamed Ibrahim & Abdul Monir Yaacob (ed.), 1997. The Administration of Islamic Laws. KualaLumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Ahmad Nazri Abdullah, 1985. Melayu dan Tanah; Tumpuan Khusus kepada Tanah Simpanan Melayu. Selangor: Media Intelek Sdn. Bhd.

Ismail Said, 2010. Perkembangan Sejarah Negara. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Salleh Buang, 1996. Sejarah Undang-undang Malaysia: Kes dan Material. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wilkinson, R.J. (ed.), 1971. Papers on Malay Subjects. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda