Jurnal Kanun

Just another WordPress site

PERKEMBANGAN TERKINI ENAKMEN WAKAF DI MALAYSIA: ADAKAH KOMPREHENSIF?

(Latest Development Relating to Waqf Enactments in Malaysia: Are the Laws Comprehensive?)

Nor Asiah Mohamad

nasiahm@iium.edu.my

Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Abstrak

Negeri Perak, Terengganu, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan mengambil langkah positif memperkenalkan suatu enakmen khusus bagi menguruskan hal ehwal wakaf, sedangkan negeri lain masih dalam proses memperkenalkan undang-undang yang sama, dan terdapat negeri yang masih menggunakan peruntukan yang sedia ada dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam. Dengan menggunakan kaedah kajian doktrin dan metodologi perbandingan, artikel ini menganalisis setiap peruntukan dalam enakmen wakaf yang baharu dan melihat sejauh manakah perundangan tersebut dapat merungkaikan masalah wakaf negara. Hasil kajian mendapati peruntukan enakmen wakaf tersebut lebih bersifat komprehensif kerana penyusunannya mengambil kira hasil dapatan kajian terdahulu. Peranan wakaf sebagai sektor ketiga ekonomi dan sinergi wakaf dengan perbankan Islam menjadi pemacu utama perkembangan wakaf negara. Kesedaran dan promosi tentang kepentingan wakaf wajar dilaksanakan menerusi pendekatan sinergi, inovasi dan kerjasama antara institusi wakaf dengan zakat, sinergi wakaf dengan instrumen lain, serta pemerkasaan institusi melalui penguatkuasaan dan keluasan bidang kuasa melalui sistem perundangan.

Kata kunci:  wakaf, enakmen wakaf, sektor ketiga ekonomi, perbankan Islam

Abstract

Five states in Malaysia including Perak, Terengganu, Selangor, Melaka and Negeri Sembilan have introduced their own waqf (Islamic endowment) laws. Five other states are working on new laws and the remaining states maintain waqf matters in the general statutes on administration of Islamic law. Using the doctrinal approach and comparative analysis method, this study reviews the latest development and discusses how the changes in the laws have helped in improving slow and restricted jurisdiction in dealing with waqf.  The findings show that the new Enactments have addressed most of the observations made in previous literatures, especially as regards the challenges in waqf development. Observations are also made regarding the fast development of waqf in tandem with various other aspects of the economy and the financial sector, including how waqf is now recognized as the third most significant economic sector. Moving forward, waqf must focus on synergy and innovation as well as employing new instruments with clearer vision and empowerment of institution through law.

Keywords: waqf, Waqf Enactment, Islamic finance, third sector of economy

RUJUKAN

Abu Bakar Manat. (2007). Isu-isu semasa berhubung pembangunan tanah wakaf. Jurnal Pengurusan Jawhar, (15), 57.

Enakmen Wakaf (Negeri Perak) 2015.

Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015.

Enakmen Wakaf (Negeri Terengganu) 2016.

Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Terengganu) 2001.

Kanun Tanah Negara 1965.

Mohamad Tahir Sabit. (n.d.). A proposal for a new comprehensive waqf law in Malaysia. Retrieved from http://waqfacademy.org/wp-content/ uploads/2013/03/Mohammad-Tahir-Sabit-Haji-Mohammad.-Date.Proposal-for-new-comprehensive-waqf-law-in-Malaysia.pdf at 25 Februari 2017.

Murat Cizakca. (2000). A history of philanthropic foundations: The Islamic world from the seventh century to the present. Bogazici Press: Istanbul.

Nor Asiah Mohamad. (2015). Looking into adequacy of waqf protection in the National Land Code 1965: Towards sustainability of waqf land. Paper presented at The International Conference Waqf 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu, Mei 2015.

Nor Asiah et al. (2012). Waqf lands and challenges from the legal perspectives in Malaysia. Paper presented at IIUM-Toyo Joint Symposium 2012. Sustainable Built Environment: Lesson learned from Malaysia and Japan. Retrieved from http://irep.iium.edu. my/28025/1/6a.pdf at 25 Februari 2017.

Norilawati Ismail. (2012). Isu-isu perundangan dalam pentadbiran dan pengurusan wakaf dan zakat di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 6(1) ,  64.

Siti Mashitoh Mahmud. (2017). Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015 (Enakmen 15): Suatu ulasan menurut perspektif syariah dan undangundang. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 29(2) ,  177.

Sohaimi M.S., & Syarqawi M.. (2008). Waqf development in Malaysia:

Issues and challenges. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 2(1) ,  21.

[Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda