AMALAN MAHKAMAH SYARIAH MENGISYTIHARKAN STATUS AGAMA DALAM KES PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN KES DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI SEMBILAN
(Syariah Court’s Practice on Declaring the Religious Status in the Case of Application to Renounce Islam: A Case Study in Negeri Sembilan Syariah Court)
Nor Ashikin Md. Nasir
Siti Zubaidah Ismail
Jabatan Syariah dan Undang-undang,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Abstrak
Makalah ini menganalisis amalan dan prosedur Mahkamah Syariah Negeri Sembilan menangani kes permohonan keluar Islam. Analisis doktrin undang-undang dilakukan terhadap Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Analisis kandungan pula dilakukan terhadap 45 sampel fail kes yang telah selesai pada tahun 2003 hingga 2014 dengan tema status pemohon, alasan permohonan dan pendekatan hakim untuk membuat keputusan. Temu bual tidak berstruktur melibatkan Mufti Negeri Sembilan dan Pegawai Unit Runding Cara Akidah bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan proses kaunseling. Hasil kajian mendapati Seksyen 119 memandu mahkamah syariah melaksanakan bidang kuasanya untuk mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi beragama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 61 (3(b)(x) sekiranya disokong oleh sebab dan keterangan yang munasabah, dan diterima oleh mahkamah. Dengan kata lain, pindaan seksyen ini pada tahun 2009 telah berjaya membatasi atau mengehadkan kelayakan seseorang untuk keluar Islam.
RUJUKAN
Helwa Mohammad Zainal dan Jamal Jasri. “Kedudukan Murtad dan Penyebaran Agama Bukan Islam Menurut Perspektif Undang-undang di Malaysia: Satu Analisa Isu dan Cabaran” dlm. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 17, hlm. 17–13, 2013.
Khairulneza Juaher, “Pertukaran Agama Islam Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan Malaysia” dlm. Vasa. Fakultas Syariah dan Hukum UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, 2009.
Mohamad Azam Mohamed Adil, “Restrictions in Freedom of Religion in Malaysia: A Conceptual Analysis with Special Reference to the Law of Apostasy” dlm. Muslim World Journal of Human Rights 4:2, 2007. Article 1 [available at http://www.bepress.com/mwj.
Mohd. al-Adib Samuri dan Muzammil Quraishi, “Negotiating Apostasy: Applying to ‘Leave Islam’ in Malaysia” dlm. Islam and Christian–Muslim Relations 25:4, hlm. 507–23, 2014. doi:10.1080/09596410.2014.907054.
Nurjaanah Abdullah @ Chew Li Hua, “Legislating Faith in Malaysia.” dlm. Singapore Journal of Legal Studies, hlm. 264–89, 2007.
Pg. Ismail Pg. Musa dan Siti Zubaidah Ismail, “Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah” dlm. Jurnal Syariah 23:1, hlm. 53–77, 2015.
Siti Zubaidah Ismail dan Muhamad Zahiri Awang Mat, “Faith and Freedom: The Qur’anic Notion of Freedom of Religion vs. the Act of Changing Religion and Thoughts on the Implications for Malaysia” dlm. Religions 7:7, 8 Julai 2016. 88.doi:10.3390/rel7070088.
Wan Mohd. Fazrul Azdi, Kamaluddin Nurdin Marjuni, Mohd. Rumaizuddin Musa, Azman Abd. Rahman, Ahmad Najaa’ Mokhtar, Mohd. Zaliridzal Zakaria dan Mohammad Fadzil Mat Yaacob, “Istitabah Model for Malaysia: A Preliminary Exposition” dlm. ’Ulum Islamiyyah Journal 15, hlm. 111–24, Jun 2015.
Zanariah Dimon dan Zaini Yusnita Mat Jusoh, “Pengesahan Status Agama di Mahkamah Syariah: Satu Sorotan”. Kertas kerja dalam 1st International Research and Innovation Conference Proceeding (INSAN 2014), 2014.
Hantar Maklum Balas Anda
You must be logged in to post a comment.