Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Peranan Undang-undang Persaingan dalam Melindungi Kepentingan Pengguna dan Pengusaha Kecil

(The Role of Competition Law in Protecting The Interest of Consumers and Small Enterprises)

Nasarudin Abdul Rahman

nasarudin@iium.edu.my

Fakulti Undang-undang Sivil,

Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),

Peti Surat 10, 50728 Kuala Lumpur, Malaysia.

Abstrak

Tujuan utama undang-undang persaingan adalah untuk memastikan pasaran berfungsi dengan baik dan sumber ekonomi diagihkan dengan berkesan dan adil kepada masyarakat. Undang-undang persaingan sering kali dilihat sebagai undang-undang pengguna yang bertujuan untuk melindungi dan mempromosikan pengguna akhir (end-consumer) dan satu bentuk perundangan yang melindungi perusahaan kecil dan sederhana. Undang-undang persaingan merupakan salah satu bentuk undang-undang komersial yang mengawal selia aktiviti perusahaan dalam pasaran dan bukan undang-undang pengguna yang melindungi pengguna secara langsung. Undang-undang ini terpakai kepada semua perusahaan sama ada besar atau kecil. Walau bagaimanapun, undang-undang persaingan mempunyai peruntukan tertentu yang mengambil kira secara tidak langsung kepentingan pengguna akhir dan perusahaan kecil. Makalah ini memberikan gambaran umum tentang struktur undang-undang persaingan di Malaysia. Tujuan utama makalah ini adalah untuk menganalisis pelaksanaan Akta Persaingan 2010 dan peranannya dalam melindungi dan mempromosikan kepentingan pengguna dan perusahaan kecil.

Kata kunci: persaingan, undang-undang persaingan, pengguna, pengusaha kecil dan sederhana

Abstract

The main objective of competition law is to ensure that the market is functioning properly and resources are allocated efficiently in society. Competition law is often perceived as a form of consumer protection law which promotes the interest of the end consumer, and as a law that protects the interest of small and medium enterprises. Competition law in its true sense is part of commercial law that regulates the activities of enterprises in the market. It is not a consumer law which automatically promotes or takes into consideration the interest of end consumers. It is also applicable to all enterprises, regardless of size, big or small. Nevertheless, there are many provisions in competition law which may provide indirect benefit to end consumers and small enterprises. This article provides an overview of the structure of competition law in Malaysia. The main objective of this article is to analyze the implementation of the Malaysian Competition Act 2010 and its roles in protecting and promoting the interest of consumers and small enterprises.

Keywords: competition, competition law, consumer, small and medium enterprises

RUJUKAN

Akta Persaingan 2010 (Malaysia).

Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Malaysia).

Consumer International, Asia Pacific Office, 2003. “Competition Policy and Law in the Consumer and Development Interest”. Kertas kerja Communication to United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD). Trade and Development Board, Intergovernmental Group of Experts on Competition Law and Policy, 2-4 Julai 2003.

FOMCA Wants Air Asia’s Share Swap Investigated”. The Star Online, 25 Februari 2012. <http://www.thestar.com.my/News/Nation/2012/02/25/Fomca-wants-AirAsias-share-swap-investigated/>

K. G. Elzinga, “The Goal of Antitrust: Other than Competition and Efficiency, What Else Counts?” dlm. 125 University of Pennsylvia Law Review 1191, 1977.

MyCC. “Kemukakan Keputusan Cadangan kepada Megasteel” dlm. siaran akhbar,                           1 November 2013.

MyCC. “Culling to Reduce Egg Production could be Anti-Competitive” dlm. siaran akhbar, 1 November 2012.

MyCC. “Nestle Withdraws Exemption Application” dlm. siaran akhbar, 25 Februari 2013.

MyCC. “Panduan Bantu Kami Kenal Pasti Tipuan Bida”. http://mycc.gov.my/handbook/

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission (MyCC)) Mengeluarkan Keputusan Cadangan mengenai Kes Mas-Airasia (siaran akhbar, 6 September 2013)<http://www.mycc.gov.my/asset/news/attachment/Siaran%20Berita%20%20MyCC%20kemukakan%20Keputusan%20Cadangan%20mengenai%20kes%20MAS%20AirAsia_bm.pdf> atau http://www.mycc.gov.my/news.asp.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda