Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Naziree Md. Yusof
(naziree@unisza.edu.my)

Aminuddin Mustaffa
(aminuddinm@unisza.edu.my)

Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Abstrak

Secara amnya, tiada nas atau dalil yang khusus melarang orang bukan Islam beramal sebagai peguam syarii. Matlamat perbicaraan ialah meletakkan sesuatu pada yang berhak, membela yang dizalimi, menghukum pesalah dengan tujuan mendidik (insaf dan taubat), menggalakkan proses perdamaian berbanding litigasi di samping mengamalkan ketelusan dan kesaksamaan. Hal ini demikian kerana natijahnya tidak sekadar dipertanggungjawabkan di dunia, bahkan mungkin masih diadili pada hari kiamat kelak. Konsep ini perlu difahami dan diterima oleh masyarakat Islam dengan fikiran terbuka dan berlapang dada. Tindakan memfailkan petisyen oleh seorang wanita bukan Islam untuk beramal sebagai peguam syarii, telah melahirkan kebimbangan pelbagai pihak mengenai kebarangkalian bahawa seseorang bukan Islam itu mungkin, sama ada secara sengaja atau tidak, akan melakukan sesuatu perkara yang bersalahan dengan etika dan prinsip, sama ada penghayatan, adab dan sensitiviti dalam mengendalikan kes di Mahkamah Syariah. Perkara ini boleh terjadi semasa memberi khidmat nasihat kepada anak guam, penyalahtafsiran nas sebagai justifikasi perundangan, sikap dan sentimen yang mungkin memprejudiskan gaya pentadbiran Mahkamah Syariah serta implikasi negatif lain yang perlu dielakkan. Oleh itu, menghalang orang bukan Islam beramal sebagai peguam syarii bukanlah satu-satunya pilihan muktamad yang ada. Sebenarnya masih terdapat beberapa pilihan lain yang boleh dikaji dan dipertimbangkan agar satu keputusan yang lebih rasional dapat dipraktikkan demi masa depan agama Islam dan kemaslahatan masyarakat Malaysia. Oleh hal yang demikian, makalah ini membahaskan beberapa garis panduan dan alternatif yang bersesuaian dengan skop dan batasan peruntukan undang-undang di negara kita. Selain itu, langkah pencegahan akan turut dikupas agar kesucian etika kepeguaman dan kehakiman Islam terpelihara, bahkan mampu mengubah fenomena pentadbiran global supaya menepati kehendak syarak.

Kata kunci: Kepeguaman, kehakiman Islam, kelayakan, kriteria, hakim syarii, etika, peguam syarii.

Rujukan

Al-Quran.

Abdul Aziz Bari, 2001. Perlembagaan Malaysia Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Fatah Amru, 1998. Al-Siayasah al-Shar’yyah fi al-Ahwal al-Shakhsiyyah. Jordan: Darul Nafais.

Abdul Karim Zaidan, 2009. Al-Madkhal li Dirasati al-Syariat al-Islamiyyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Sufi, 2003. Pendakwaan dan Penyiasatan: Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Hassan Haji Ahmad, 1998. Usul al- Fiqh dan al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Ibnu Taimiyyah, t.th. Al-Siayasah al-Shar’yyah fi al-Islahi al-Rai’ wa al-Rai’yyah, (tahqiq) Sheikh Ibrahim Ramadhan. Beirut: Darul Fikr Lubnani.

Ibrahim Ismail, “Agama Persekutuan: Jurisprudens Islam dalam Pentafsiran Perlembagaan” dlm. KANUN 15:4, hlm. 20, 2003.

Mohd. Radzali Masrum, 2001. Maksim dan Ungkapan Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nawawi, t.th., Syarah Sahih Muslim. Jilid 2. Mesir: Martba’ah al-Misriyyah.

Noor Aziah Mohd. Awal, 2004. Pengenalan kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Selangor: International Law Book Services.

Nik Mustapha Hj. Nik Hassan, 2003. Ke Arah Pembangunan Baitulmal Kebangsaan. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Sayyid Sabeq, 1998. Fiqh al-Sunah. Jilid 2. Beirut: Darul Fikr.

Siti Mashitoh Mahamood, 2006. Harta Amanah Orang Islam di Malaysia: Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Soleh Fauzan Abdullah Fauzan, 2003. Al-Mulakhas al-Fiqh. Kaherah: Darul Ibnu Hitham.

Son’ani, 2007. Subulus al-Salam Syarah Bulughul al-Maram. Jil. 4. Kaherah: Darul Hadis.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda