Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Cabaran dalam Usaha Membangunkan dan Melaksanakan Modul Pemulihan di dalam Penjara untuk Pesalah Jenayah Syariah

(Challenges in Developing and Implementing Rehabilitation Modules in Prisons for Person Convicted for Syariah Offences)

Jamaludin Saad

jamald@prison.gov.my

Bahagian Pengurusan Banduan,

Jabatan Penjara Malaysia,

Kompleks Penjara Malaysia,

43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Abstrak

Makalah ini membentangkan pengalaman dalam membangunkan dan melaksanakan modul pemulihan dalam penjara. Rujukan dibuat kepada dokumen dan aktiviti berkaitan dengan modul pemulihan serta pemerhatian pelaksanaan modul tersebut. Selain itu, maklumat daripada unit statistik Jabatan Penjara Malaysia juga dirujuk. Rujukan kepada program pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia akan menunjukkan perancangan aktiviti rawatan dan pemulihan fizikal, mental, sikap, akhlak dan rohani. Pembangunan modul yang mengambil kira pendidikan dan bimbingan untuk pesalah yang dihukum oleh mahkamah sivil ini dilihat bersesuaian untuk pesalah jenayah syariah.

Kata kunci: penjara, pesalah jenayah, modul pemulihan, mahkamah syariah

Abstract

This article presents the experience of developing and implementing rehabilitation modules in prisons.  Reference is made to documents and activities relating to rehabilitation modules and observations of the implementation of such modules. Information from the statistics unit of the Prisons Department of Malaysia is also referred to. Reference to rehabilitation programmes conducted by the Prisons Department of Malaysia will reveal the planning of activities related to the treatment and rehabilitation of the inmates’ physical, mental, attitudinal, moral and spiritual aspects. The development of the modules takes into account education and guidance for shariah offenders.

Keywords: prison, offenders, rehabilitation modules, shariah courts

RUJUKAN

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Bahagian Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia.

http://www.prison.gov.my> (Capaian pada 10 Oktober 2011).

Peraturan 151(1) Peraturan Penjara 2000.

Siti Zubaidah Ismail, “Penjara Khas bagi Pesalah Syariah: Suatu Keperluan?” [2013] 2 ShLR i.

Wan Roslili Abd. Majid, 2012. “Legal Protection for Muslim Women Prisoners in Malaysia”. Disertasi yang Tidak Diterbitkan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda