Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Penggunaan Garis Panduan dan Etika dalam Penambahbaikan Perjalanan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Kesalahan Syariah

(The Use of Guidelines and Ethics in the Improving the Process of Enforcement and Prosecution of Syariah Offences)

Ibrahim Deris

ibrahim.deris@jawi.gov.my

Kompleks Mahkamah Syariah,

No. 71 Jalan Sri Hartamas,

50676  Kuala Lumpur.

Hanifah Haydar Ali Tajuddin

hanifah@jawi.gov.my

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM),

Aras 2-4, Blok D7, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62677 Putrajaya.

Tel.: +603-62057000.

Abstrak

Pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia, seperti juga pelaksanaan undang-undang lain memerlukan pengetahuan para pelaksananya mengenai undang-undang. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang syariah di Malaysia  terdiri daripada para pelaksana yang mempunyai latar belakang yang bercampur. Sesetengahnya berlatarbelakangkan undang-undang, manakala yang lain berlatarbelakangkan bidang lain. Hal ini lebih ketara dalam kalangan para penguat kuasa undang-undang jenayah syariah yang lantikan skimnya tidak mensyaratkan keperluan bagi seseorang itu berlatarbelakangkan undang-undang. Oleh itu pemahaman terhadap peruntukan dalam akta dan enakmen berkenaan dengan jenayah syariah tidak dikuasai. Hal ini selalunya menyebabkan salah faham dalam menginterpretasikan undang-undang. Selepas kritikan demi kritikan dibuat hasil kegagalan dalam pelaksanaan operasi pencegahan jenayah syariah, pembentukan beberapa garis panduan berkaitan tindakan penguatkuasaan khususnya dilihat dapat mengurangkan masalah berkaitan ketidakfahaman pelaksana undang-undang jenayah syariah. Hal ini demikian kerana salah satu ciri garis panduan ini, aturan dan susunan penerangan dirangka bagi memudahkan kefahaman pembacanya, hatta kepada orang awam sekalipun.

Kata kunci: garis panduan, etika, penguatkuasaan, pendakwaan, kesalahan syariah

Abstract

The implementation of shariah criminal law in Malaysia, like any other laws; necessitate the legal enforcers to be knowledgeable about the laws and the ways how the laws are applied. However, the enforcement and prosecution of shariah criminal law in Malaysia are facing the problem where the legal enforcers are from mix backgrounds as far as their knowledge is concerned; some of them are of legal background, while others are from non legal background. This is more apparent from amongst the legal enforcers from the religious enforcement unit where their appointment does not condition the need to have a legal background. This has caused a mere understanding of the provisions in the acts and enactments and most of the time, it contributes to misunderstanding in interpreting the laws. After so many critics made due to the failure that occurred in carrying out the operations in enforcing the Shariah criminal law, the formation of sets of guidelines is viewed as a way to solve the problem relating to the misunderstanding among the legal enforcers. This is because, one of the characteristics of the guidelines is that the elaboration is structured so to enable understanding even if it is read by the public.

Keywords: guidelines, ethics, enforcement, prosecution, syariah offences

RUJUKAN

Abdul Kahar bin Ahmad lwn Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain [2008] 4 CLJ 309.

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan)  1997.

Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993.

Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1996.

Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

A. Rahman I. Doi, 1981. Non Muslim under Shariah Islamic Law. Pakistan: Kazi Publications Lahore.

Arahan 1(2) Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007.

Arahan 2 Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007.

Arahan 27 Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007.

Arahan Amalan No. 2 Tahun 2010.

Berjaya Books Sdn Bhd & lain-lain (Pemohon-Pemohon) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan & lain-lain (Responden-Responden) Permohonan Semakan Kehakiman No.: 25-137-06/2012.

Black’s Law Dictionary, 2009. Edisi kesembilan. Eagen Minnesota: West Publishing.

“Justice, Sorry JAWI is not Interested,” dlm. The Malay Mail 26/9/2013, http://www.themalaymailonline.com/opinion/azrul-mohd-khalib/article/justice-sorry-jawi-is-not-interested (Capaian 27hb Mac 2014)

Kes Semakan Kehakiman Rasul Melayu Abdul Kahar 4 CLJ [2008] 309.

Kes Semakan Kamariah binti Ali [2002] 3 CLJ 766.

Kes Semakan Berjaya Books Sdn Bhd di Selangor.

Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri 2008.

Mohamad Akram Laldin, 2006. Islamic Law an Introduction. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Siti Zubaidah Ismail, “Dasar Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jenayah Syariah di Malaysia: Satu Analisis” dlm. Jurnal Syariah 16, Keluaran Khas, hlm. 540, 2008.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda