Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Kuasa dan Peranan Polis dalam Penguatkuasaan Jenayah Syariah

(Powers and Roles of the Police in the Enforcement of Shariah Offences)

Shamrahayu A. Aziz

srahayu@iium.edu.my

Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM),

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Tel.:+603-03-61964235.

Abstrak

Pasukan polis merupakan agensi persekutuan dan penguat kuasa undang-undang terbesar negara. Oleh itu, persoalan timbul berkaitan dengan punca kuasa dan kuasa pasukan polis untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah. Hal ini demikian kerana undang-undang syariah merupakan urusan negeri. Daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, didapati tiada halangan Perlembagaan Persekutuan untuk pasukan polis menguatkuasakan jenayah syariah. Begitu juga dengan peruntukan Akta Polis. Walaupun tiada peruntukan khusus mengenai kuasa dan peranan polis untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah, Akta Polis mempunyai peruntukan umum dalam melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang yang sah. Setelah diteliti prosedur jenayah syariah didapati bahawa undang-undang tersebut mempunyai peruntukan yang sangat jelas mengenai kuasa dan peranan polis dalam pelaksanaan undang-undang jenayah syariah.

Kata kunci: polis, penguat kuasa, jenayah syariah, persekutuan, tatacara

Abstrak

The police force is the biggest enforcement agency in Malaysia. It is a federal agency. Thus, the question arises as to the extent of the powers of the police force to enforce the shariah. This question arises because the shariah is a state matter. There is no constitutional impediment for the police to enforce the shariah for offences. Similarly, there is no such impediment in the Police Act. Although there is no specific provision for the powers and role of the police in enforcing the shariah, the Police Act contains general provisions for the police to carry out powers as specified by any recognized law. Laws on shariah criminal procedure have made clear provisions concerning the powers and role of the police in enforcing laws on shariah offences.

Keywords: police, enforcement, shariah offences, federation, procedure

RUJUKAN

Akta Polis 1967 (Akta 344).

Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560).

Arahan Tetap Jabatan Agama Islam Negeri 2007 (Garis Panduan
Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah).  Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Negeri Kelantan.

http://www.astroawani.com/news/show/ahmad-zahid-kdn-perhalusi-cadangan-tubuh-pasukan-polis-syariah-26908 (Capaian pada 30 Mac 2014).

http://www.hmetro.com.my/articles/PDRMtidaktubuhPolisSyariah/Article/ (Capaian pada 30 Mac 2014).

Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Shad Saleem Faruqi, 2014. “Constitution and the Role of PDRM”. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Perdana PDRM, anjuran Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab Polis Cheras, Kuala Lumpur pada 26 Mac 2014.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda