Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Mohd. Badrol Awang
(badrolawang @unisza.edu.my)

Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Abstrak

Kertas ini adalah suatu kajian analisis atas sumbangan pemikiran dan pelaksanaan yang telah dilakukan oleh Ahmad Ibrahim terhadap pengajian undang-undang Islam di Malaysia dengan tujuan untuk melihat kesan dan perubahan yang berlaku terhadap pengajian undang-undang Islam itu sendiri. Kajian mendapati, dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman kerjaya perundangan yang luas dan pelbagai, Ahmad Ibrahim telah berjaya merencanakan suatu struktur pengajian undang-undang Islam secara bersepadu dengan menggabungkan pengajian undang-undang sivil dalam satu kuliah (fakulti) yang telah mengubah sistem pengajian undang-undang sebelumnya yang memisahkan antara pengajian undang-undang Islam dengan undang-undang sivil. Kesannya, pengajian undang-undang Islam telah memasuki arus perdana pengajian undang-undang dan penekanan kepada undang-undang Islam telah mula diberikan. Reformasi pengajian undang-undang yang dilakukan oleh Ahmad Ibrahim itu kemudiannya telah mempengaruhi pelaksanaan pengajian undang-undang Islam mahupun undang-undang sivil di universiti-universiti tempatan yang lain.

Kata Kunci: Ahmad Ibrahim, reformasi, pengajian, undang-undang.

Rujukan

Ab. Halim El-Muhammady, 1988. “Peranan Pusat Pengajian Tinggi ke Arah Pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia” dlm. Mahmood Zuhdi Ab. Majid (ed.) 1988. Ke Arah Merealisasikan Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Thinker`s Library.

Abdul Basir Mohamad (Dr.) et al. (ed.), 1999. Isu Syariah dan Undang-undang. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Abdul Monir Yaakob, 1998. Sejarah Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Monir Yaakob et al., 2007. Permata Pengislahan Perundangan Islam: Biografi Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim. Kuala Lumpur: IKIM.

Abdullah Muhammad Zin et al., 2005. Pendidikan Islam di Malaysia – dari Pondok ke Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fakulti Undang-undang UM, 1988. Makalah Undang-undang Memperingati Ahmad Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah @ Alwi Haji Hassan, 1980. “The Development of Islamic Education in Kelantan” dlm. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur (Monograf Persatuan Sejarah Malaysia).

Abdullah @ Alwi Haji Hassan, 2003. “Pengajian dan Pengamalan Undang-undang Islam di Malaysia: Antara Tradisi dan Moderniti.” Syarahan Perdana Pengiktirafan Jawatan Profesor Universiti Malaya. 7 Julai.

Ahmad Ibrahim, 1993. “Legal Education: The Present and Future Role of the Kulliyyah of Laws, International Islamic University” dlm. Legal Education In Malaysia: Quo Vadis?. Khaw Lake Tee (ed.), 1993. Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Baharudeen Abu Bakar et al., “Al-Marhum Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim: A Model of Legal Exellence and Islamic Virtue” dlm. IIUM Law Journal 8:1, 2000.

Idris Awang, “Fakulti Syariah, Akademi Islam Universiti Malaya: Satu Pengenalan” dlm. Jurnal Syariah 2:2, 1994.

M.A. Rauf, 1985. “Early Development of Islamic Studies, University of Malaya 1957–1964” dlm. ISLAMIKA III. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mohamed Azam Mohamed Adil, “Pengajian Undang-undang Islam di Pusat Pengajian Tinggi: Amalan di ITM” dlm. Jurnal Tasawwur Islam bil. 3, 1994.

Wan Salim Wan Mohd. Nor, “Pendidikan Islam di Pusat-pusat Pengajian Tinggi: Masalah dan Penyelesaiannya” dlm. Jurnal Pendidikan Islam 3:2, 1990.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda