Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Naziree Md. Yusof
(naziree@udm.edu.my)

Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Abstrak

Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (Mortgage Reducing Term Takaful – MRTT) adalah polisi takaful daripada produk pembiayaan perumahan bagi memastikan kesinambungan pembayaran rumah apabila pelanggan mengalami penyakit kritikal, hilang upaya kekal (biasanya lumpuh) atau meninggal dunia sebelum tamat tempoh pembiayaan. Polisi bertujuan untuk memastikan ahli keluarga yang ditinggalkan tidak dibebani pembiayaan yang belum selesai. Namun, bagi kes pelanggan yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecacatan kekal (misalnya kudung mana-mana anggota badan) adalah dianggap masih boleh bekerja dan berupaya meneruskan pembayaran ansuran bulanan seperti biasa. Sehubungan itu, polisi MRTT bagaikan sudah tidak relevan apabila tiada perlindungan bagi kes sedemikian dan kelihatan tidak efektif kerana tidak mempunyai kebolehpindahan, sedangkan terdapat sesetengah pelanggan yang ingin melakukan pembiayaan semula terhadap rumah tersebut. Makalah ini membahaskan beberapa kelemahan polisi MRTT, perbandingan dengan polisi Insurans Bertempoh Gadai Janji Berperingkat (Mortgage Level Term Assurance –  MLTA) dan alternatif penyelesaian bagi mengatasi permasalahan di atas.

Kata kunci: MRTT, MRTA, MLTA, polisi takaful hayat, pelanggan, ejen takaful.

Rujukan

Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor, 2006. Dinamisme Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Asmak Abd. Rahman dkk, 2008. Sistem Takaful di Malaysia: Isu-isu Kontemporari. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Engku Rabiah Adawiah Engku Ali & Hassan Scott P. Odierno, 2008. Essential Guide to Takaful (Islamic Insurance). Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd.

Mohd. Daud Bakar & Engku Rabiah Adawiah, 2008. Essential Readings in Islamic Finance. Kuala Lumpur: CERT.

Mohd. Fadzli Yusof, 1996. Takaful Sistem Insurans Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Mohd. Ma’sum Billah, 2007. Applied Takaful & Modern Insurance: Law & Practice. Petaling Jaya: Sweet Maxwell Asia.

Noor Aziah Mohd. Awal, 2004. Pengenalan kepada Sistem Perundangan di Malaysia. Petaling Jaya: International Law Book Services.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda