Jurnal Kanun

Just another WordPress site

PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG TERHADAP MANGSA SALAH LAKU PENGAMAL PERUBATAN
DI INDONESIA DAN MALAYSIA

Legal Protection for Victims of Medical Practitioner Misconduct in Indonesia and Malaysia

Roswita Sitompul
roswita_sitompul@yahoo.com

Fakultas Hukum, Universitas Islam Sumatera Utara,
Jl. Karya Bakti No 34, Pangkalan Masyhur
Medan – Sumatera Utara, Indonesia.

Asmah Laili Yeon
asmah485@uum.edu.my

Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Tel.:+6049288111

Abstrak

Tuntutan pesakit terhadap kelalaian dalam perkhidmatan pengamal perubatan kini sudah menjadi kelaziman. Kesalahan pengamal perubatan ini dapat mengakibatkan pesakit mengalami kecacatan ataupun meninggal dunia. Makalah ini membincangkan tentang usaha yang dilakukan untuk mencegah terjadinya salah laku pengamal perubatan, dan undang-undang yang memberi perlindungan mangsa salah laku pengamal perubatan. Makalah ini berdasarkan kajian kualitatif yang dilaksanakan dan melibatkan kaedah perbandingan sosioperundangan. Penyelidikan ini menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data, iaitu kajian kepustakaan, kajian dokumentasi, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data dianalisis dengan metode analisis kandungan- ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima parameter yang memiliki nilai sig < 0.05 yang bererti perlindungan undang-undang terhadap mangsa salah laku lebih baik di Malaysia daripada di Indonesia. Di Indonesia kelalaian dinyatakan dalam Kanun Keseksaan Seksyen 359 dan 360, dan Undang-Undang Nombor 29, Seksyen 1365 dan 1239, manakala di Malaysia dinyatakan dalam undang-undang tort. Di Indonesia perlindungan undang-undang bagi mangsa salah laku masih belum efektif meskipun sudah ada undang-undang Nombor 29 Tahun 2004 kerana secara praktis tidak memihak kepada pesakit tetapi lebih memihak kepada pengamal perubatan.

Kata kunci: Indonesia, Malaysia, kelalaian, perbandingan, pengamal perubatan, undang-undang, salah laku

Abstract

Nowadays, it is a norm for patients to claim for medical negligence. Negligence includes the offence of giving a wrong diagnosis, mistreatment and failure to do treatment which resulting in patients getting disability or death. The objectives of the article are to discuss the efforts made ​​to prevent the occurrence of medical misconduct, and the law that protects victims of medical misconduct. This article is based on qualitative research and using a comparative socio-legal method. The research uses a variety of data collection methods i.e. library search, documentation review, observation, interviews and questionnaires. Data were analyzed by content analysis and t-test. The result shows there are five parameters that have the sig <0.05 significant legal protection for victims of wrongdoing which is better in Malaysia rather than in Indonesia. In Indonesia, negligence is specified in the Penal Code, Sections 359 and 360, and the Law Number 29, Section 1365 and 1239, while in Malaysia are stated in the law of tort. Legal protections for victims of wrongdoings in Indonesia are still not effective even though there is a law Number 29 of 2004 because it was not in favour of the patients, but it is more favourable to medical practitioner.

Keywords: comparison, law, Indonesia, Malaysia, misconduct, medical practitioners, negligence

RUJUKAN

Akta Perubatan 1971 (Akta 50).
Abdul Djamali dan Lenawati Tedjapermana,1988. Tanggung Jawab Seorang Pengamal Perubatan dalam Menangani Pesakit. Jakarta: Aberalin.
Ahmad Azam bin Mohd Shariff, 2011. Pengaplikasian Kaedah Pengantaraan bagi Menyelesaikan Pertikaian Kecuaian Perubatan di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Charles M Tampubolon. “Kesalahan Pengamal perubatan Tergolong Malpraktek,” www.undang-undang.Online.Com Maret 27, 2009)
C.R.A.Martin, 1979. Law Relating to Medical Practice. London: Pitman Medical Publishing Co.Ltd.
Foo Fio Na lwn Dr. Soo Fook Mun & Anor [2007] 1 CLJ 229.
H.M. Soedjatmiko, 2001. Masalah Medik dalam Malpraktik Yuridis. Malang: Rumah Sakit Umum Dr Saiful Anwar.
Muladi, 1990. “Proyeksi Undang-undang Jenayah Materil Indonesia di Masa Datang”. Pidato Guru Besar Universitas Diponegoro. Jakarta: UNDIP
R lwn General Medical Council (1930) 1 KB 562 CA.
Romli, Atmasasmita, 1996. Perbandingan Undang-undang Pidana. Bandung: Mandar Maju.
Suharsimi Arikunto, 2002. Prosedur Penelitian. Yokyakarta: Rineka Cipta.
Undang-undang Nombor 29 Tahun 2004.
W.B. van der Mijn, 1988. Vrouwen en gezondheidszorg. (S.l.), (s.n.).

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda