Jurnal Kanun

Just another WordPress site

Pengenalan

Kanun diterbitkan setiap tiga bulan sejak Disember 1989. Kini Kanun diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember. Kanun (Jurnal Undang-undang Malaysia) mengambil namanya daripada judul sebuah karya undang-undang dalam masyarakat Melayu tradisional. Pendapat yang dikemukakan dalam jurnal ini merupakan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sidang Editor atau Dewan Bahasa dan Pustaka. Segala sumbangan yang dikirimkan, sama ada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Sidang Editor juga tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan melalui pos.